Ciri fizikal Axolotl

Seekor axolotl matang dewasa pada usia 18-24 bulan dengan panjang antara 15 hingga 45 sentimeter; saiz sekitar 23 sm yang paling umum ditemukan. Axolotl mempunyai insang luar dan sirip ekor yang memanjang dari belakang kepala ke lubang insang yang sering dijumpai pada tahap larva amfibia seperti salamander;[7][8] axolotl masih kekal dengan ciri ini pada tahap dewasa[9] Ini disebabkan oleh evolusi badan yang mampu diperlahankan (neotenik) di mana axolotl hidup utama dalam air berbanding spesies-spesies salamander lain.[10]

Axolotl yang ditemukan dalam habitat semula jadi berwarna perang lumut berbintik kuning emas, namun ia mempunyai empat gen pigmentasi utama yang dimunculkan akibat mutasi: merah jambu pucat bermata hitam (leucistic), keemasan mata kuning (golden albino), kelabu bermata hitam (xanthic), merah pucat bermata merah (albino) dan hitam atau biru legap (melanoid).[11] Yang jantan mudah dikenal pasti dari kloaka dikelilingi sesungut halus manakala yang betina dikenali berbadan besar dipenuhi telur.

Haiwan ini berkebolehan menumbuhkan semula sebahagian tulang empat, insang, mata atau otak. Sifat ini amat dimanfaatkan saintis yang menyimpan anak-anak spesies ini untuk tujuan penyelidikan.[12]